ade org btau aku cinta tu..
"Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti
seseorang yg menunggu bas.
Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak
kata pada diri awak,"Eee… penuhnya… tak de
tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri
awak,
"Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan
bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.
Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee…
bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin
bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak
pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak
bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.
Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak
seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak
kata, "Emmm…. tak de air-cond… cuaca pulak
panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan
awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin
mendung dan baru awak perasan yg awak pula
dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus
naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak
sebegitu sempurna.
Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak
dah naik bas yg salah.
Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa
dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.
Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-
cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu
tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas
tu tak terlalu sejuk untuk awak?
Jadik, (terutamanya golongan perempuan, lelaki
pun samalah) mengingini apa yg awak idamkan tu
memang tak salah.
Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi
satu peluang pada orang lain, kan?
Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan
awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan
loceng dan turun daripada bas tu.
Tapi… saya pasti awak semua tentu ada
pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah
bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan),
awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat
tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak
dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahahaha…. Bila ada bas yang lalu melintasi saya
macam tu, apa yang saya lakukan ialah
BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab
setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri
awak sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas,
sama ada awak nak naik dan beri peluang pada
bas tu… semuanya terpulang pada diri awak.
Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba
melarikan diri daripada cinta!"
ade pulak org ckp cinta tu…
"cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan,walau pedas hingga mengalir air mata namun masih dimakan jua..cinta jangan dibuat macam goreng pisang,sungguh enak bila makan panas2,bila sudah sejuk jadi kurang….hohoho..hilang sedapnya"
ade plak org yg ckp cinta tu..
"cinta tu diibaratkn spt benih pokok.kalau dpt benih tu,hendaklah di tanam pd tanah yg subur..kendian perlu disiram setiap hari dan dibaja bila perlu..kalau dijaga dgn baik,maka berbunga lah ia..kalau dijaga dgn lebih baik akan menghasilkan buah..tp kalau ditinggalkn,x disiram,pokok yg ditanam tu akan layu..kalau x dibaja,ianya xkan brbunga..kalau dikasari,dahannya akan patah.begitulah cinta.."
ade jugak yg kata cinta tu..
"cinta tu mcm kurap..lagi digaru,lagi sedap,lagi gatal..kalo x kasi ubat,ia merebak..dah kena ubat,pedih giler..(ntahla..aku xtau la btul ke x,aku quote kn je..)"
n so on..kalo nk diikutkn,cinta tlah dianalogi secara pelbagai dr brmacam sudut kehidupan.aku sendr x tau cinta tu dtg dr mana..
Recent Comments